Projektor BenQ W1700 Diumumkan – Hadir Dengan Sokongan Resolusi 4K Dan Teknologi HDR

Projektor BenQ W1700 Diumumkan – Hadir Dengan Sokongan Resolusi 4K Dan Teknologi HDR

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Media video 4K kini semakin meningkat penularannya dikalangan peminat-peminat filem. Ini dapat dilihat melalui jumlah jualan media Blu-ray 4K yang semakin meningkat, dan juga televisyen-televisyen 4K yang hadir pada harga yang semakin mampu-milik.

BenQ merupakan sebuah jenama monitor PC dan projektor yang cukup popular dikalangan para peminat komputer dan filem, dan pada hari ini mengumumkan kehadiran projektor terbaru mereka, BenQ W1700 yang menyokong video pada resolusi 4K dan mempunyai teknologi High Dynamic Range (HDR).

Projektor W1700 ini menggunakan sistem DMD DLP (Digital Micromirror Device) yang bersaiz 0.47 inci untuk memastikan bahawa saiz projektor ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam bilik pelbagai saiz tampa sebarang masalah.

Selain daripada sokongan resolusi 4K dan saiz yang kecil, projektor BenQ W1700 ini juga hadir dengan teknologi CinematicColor Accuracy yang merangkumi 96 peratus daripada gamut warna Rec. 709 yang digunakan oleh ramai pengarah filem di seluruh dunia. Ini membolehkan anda melihat filem-filem sepertimana pengarah-pengarah ini mahu anda melihatnya, tanpa sebarang cacat-cela.

Bukan itu sahaja, projektor ini juga boleh digunakan sebagai sebuah projektor pintar apabila digabungkan dengan sebuah peranti Chromecast ataupun Amazon Fire TV Stick untuk menstrimkan rancangan TV, filem dan juga permainan video.

Menurut pihak BenQ, projektor BenQ W1700 ini akan tiba di pasaran Malaysia pada bulan Januari 2018 kelak pada harga RM7999.


TIPS & ULASAN