Markah Penanda Aras Samsung Galaxy S9 Tertiris – Masih Belum Menandingi iPhone X

Markah Penanda Aras Samsung Galaxy S9 Tertiris – Masih Belum Menandingi iPhone X

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Rekaan Samsung Galaxy S9 dan S9+ telah tertiris pagi tadi. Peranti ini hanya akan dilancarkan pada bulan Februari tetapi semakin banyak maklumat mengenainya telah tertiris. Kini tiba giliran penanda aras untuk Galaxy S9 yang diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 845 telah tertiris.

Markah penanda aras GeekBench yang tetiris ini menunjukkan Snapdragon 845 mencatatkan 2422 markah dalam ujian satu teras dan 8351 markah dalam ujian multi-teras. Ini ialah lebih tinggi berbanding 1832 markah dalam ujian satu teras dan 6301 markah dalam ujian multi-teras yang dicatatkan Snapdragon 835.

Walaupun Snapdragon 845 menunjukkan peningkatan sehingga 31% berbanding Snapdragon 835, ia masih di belakang pemproses Apple A11 Bionic. Pemproses terbaik Apple ini mencatatkan 4188 markah dalam ujian satu teras dan 10069 markah dalam ujian multi-teras.

Sumber Geekbench menerusi GSMArena


TIPS & ULASAN