Apple Dijangka Menyatukan Aplikasi iOS Dan Mac Seawal 2018 – Tawar Pengalaman Yang Selari

Apple Dijangka Menyatukan Aplikasi iOS Dan Mac Seawal 2018 – Tawar Pengalaman Yang Selari

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Microsoft sebelum ini telah mengabungkan penawaran aplikasi untuk pelbagai saiz skrin menjadi satu – sekaligus menawarkan pengalaman yan selari disamping memudahkan para pembangun. Kini, Apple turut dijangka melakukan perkara sama.

Menurut Bloomberg, Apple dijangka akan mengumumkan penawaran penyatuan ini seawal 2018 melalui iOS 12 dan juga macOS 10.14 kelak. Kita berkemungkinan akan mendengar mengenainya pada acara WWDC kelak, sekaligus membolehkan para pembangun bersedia dengan perubahan baru ini.

Ekosistem Apple

Langkah ini juga akan boleh memudahkan Apple mengabungkan kedai aplikasi – selain menjadikan penawaran aplikasi untuk Mac App Store lebih baik berbanding pada hari ini. Secara tidak langsung, ini juga akan membolehkan pengguna membeli atau mendapatkan satu aplikasi dan menggunakan pada pelbagai peranti keluaran Apple tanpa risau.

Seperti biasa, ini hanya laporan awal sahaja, dan sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin mendengar mengenainya pada 2018 kelak.


TIPS & ULASAN