Adakah Amazon Bakal Hadir Dengan Pesaing YouTube?

Adakah Amazon Bakal Hadir Dengan Pesaing YouTube?

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Amazon merupakan salah satu syarikat gergasi yang bersaing dengan Google melalui beberapa arena, termasuk kecerdasan buatan, perkhidmatan awan dan sebagainya. Kini, selain daripadanya, Amazon juga dijangka bersaing dengan Google melalui perkhidmatan video seumpama YouTube.

Desas-desus baru ini hadir melalui pemfailan paten oleh Amazon untuk sesuatu yang dinamakan “AmazonTube” dan juga “OpenTube”. Amazon menamatkan perkhidmatan ini sebagai penyedia kandungan audio dan visual melalui rangkaian tanpa-wayar. Pemfailan paten sama mengatakan pengguna boleh berkongsi kandungan, gambar, video dan sebagainya melalui perkhidmatan berkenaan.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi apakah perancangan Amazon untuk bersaing dengan YouTube. Mereka juga sedia mempunyai perkhidmatan Twitch yang sedia menawarkan ciri seperti perkongsian kandungan oleh para pengguna. Terdapat juga kemungkinan yang mana Amazon sekadar memfailkan paten sahaja, dan tiada perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang lebih kurang YouTube buat masa ini.


TIPS & ULASAN