Spotify Kini Boleh Digunakan Oleh Para Pengguna Linux

Spotify Kini Boleh Digunakan Oleh Para Pengguna Linux

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Spotify sebelum ini telah menawarkan versi pembangunan aplikasi desktop mereka untuk pengguna Linux. Kini, selepas melalui pelbagai fasa, ia turut telah ditawarkan untuk para pengguna Linux sebagai “Snap”, dan memudahkan anda memasangnya pada sebarang versi Linux.

Spotify Linux

Dengan pengenalan Spotify untuk Linux ini, ia sekaligus membolehkan anda mendengar dan menstrim lagu-lagu kegemaran daripada Spotify terus pada desktop.

Bagi anda yang menggunakan Linux, termasuk seperti Ubuntu, Linux Mint, OpenSUSE dan sebagainya, anda boleh mencuba Spotify hari ini pada desktop anda.

Muat-Turun Spotify untuk Linux

Terima kasih Syazwan untuk bantuan menguji Spotify di Linux.


TIPS & ULASAN