LG Memperkenalkan Paparan Ultra Lebar Dengan Resolusi 5K Dan Sokongan HDR – LG 34WK95U

LG Memperkenalkan Paparan Ultra Lebar Dengan Resolusi 5K Dan Sokongan HDR – LG 34WK95U

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Penggunaan paparan monitor dan televisyen beresolusi 4K semakin menular kebelakangan ini, dengan kandungan dalam resolusi tersebut juga semakin meningkat kebelakangan ini.

LG salah satu jenama pertama yang mengeluarkan paparan 4K dengan teknologi HDR, dan baru-baru ini, syarikat tersebut dilihat baru sahaja mengumumkan kehadiran paparan terbaru mereka yang hadir dengan resolusi 5K dengan sokongan teknologi HDR DisplayHDR 600.

Paparan ini dinamakan LG 34WK95U, sebuah paparan dengan resolusi ultra-lebar 5,120×2,160 pixel, menggunakan panel LED NanoIPS yang menjanjikan warna yang lebih tepat. Pada resolusi 5K, paparan ini masih mampu hadir dengan kadar segar semula 60Hz.

Paparan LG 34WK95U ini juga sama seperti paparan 4K dari LG sebelum ini, dimana ia hadir dengan sambungan Thunderbolt 3.0 yang mampu mengecas sebuah laptop Macbook Pro melalui satu kabel sahaja, disamping menggerakkan paparan tambahan pada resolusi 5K.

Buat masa ini, harga paparan LG 34WK95U ini masih belum diumumkan lagi, dan LG dijangka akan hadir dengan maklumat tambahan mengenai paparan ini di acara Consumer Electronics Show pada bulan Januari 2018 kelak.


TIPS & ULASAN