3GPP Meluluskan Spesifikasi Komponen Sambungan 5G – Kelajuan Melangkaui 1Gbps, Sela-Masa Serendah 4ms

3GPP Meluluskan Spesifikasi Komponen Sambungan 5G – Kelajuan Melangkaui 1Gbps, Sela-Masa Serendah 4ms

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Teknologi sambungan 5G hebat diperkatakan untuk beberapa tahun, tetapi kini nampaknya teknologi tersebut bakal hadir untuk kegunaan orang ramai, kerana spesifikasi komponen untuk sambungan internet mudah-alih tersebut sudahpun diluluskan.

Ahli-ahli kumpulan 3rd Generation Partnership Project baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah mengesahkan spesifikasi Non Stand Alone (NSA) 5G New Radio di sebuah perjumpaan di Lisbon, Portugal.

Spesifikasi khusus untuk sambungan 5G ini dikatakan akan hadir untuk bacaan umum dalam masa beberapa hari lagi, tetapi menurut catatan awal, spektrum yang akan disokong dibawah 5G ini termasuklah spektrum dari 1Hz sehingga 50Hz.

Kelulusan ini diberikan selepas ujian-ujian yang dilakukan oleh China Mobile, ZTE dan Qualcomm menjalankan ujian yang memberikan keputusan yang cukup memberangsangkan, terrmasuklah kelajuan lebih tinggi dari 1Gbps dan juga sela-masa lebih rendah dari 4ms.

Dengan kelulusan 3GPP ini, syarikat-syarikat pembuat modem mudah-alih seperti Qualcomm, Intel dan Broadcom boleh mula membuat peralatan yang boleh menyambung peranti ke sambungan 5G. Akan tetapi, spesifkasi Stand Alone 5G masih belum diluluskan lagi, dan ini hanya akan disahkan pada bulan Jun 2018 kelak.

 


TIPS & ULASAN