Cari @ Amanz

Pencemaran udara di New Delhi adalah yang terburuk di dunia. Pada bulan lalu, tahap pencemaran udara API mencecah 1,200. Ini bersamaan dengan penduduk ibu negara India ini menghisap 50 batang rokok sehari. Jutaan penduduk telah meninggal dunia sejak 2015 akibat penyakit melibatkan pernafasan. Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak berwajib di New Delhi mula menguji senapang anti jerebu.

Senapang anti jerebu keluaran Cloud Tech menembak butiran air ke udara sehingga ketinggian 50 meter. Partikel debu di dalam udara akan terperangkap di dalam butiran air sekaligus mengurangkan tahap pencemaran. Ujian akan dilakukan minggu ini bagi melihat keberkesanannya sebelum penggunaan pada skala lebih lebih besar.

Pencemaran di New Delhi meningkat pada penghujung tahun kerana masalah pembakaran kawasan pertanian di daerah Punjab, Haryana dan Uttar Pradesh. Asap dari pembakaran kemudian terbang ke New Delhi dan kerana musim sejuk udara bergerak dengan perlahan mengakibatkan asap terkumpul di ibukota ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd