Netflix Kini Menyokong Penstriman HDR Pada Windows 10

Netflix Kini Menyokong Penstriman HDR Pada Windows 10

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Netflix sebelum ini telah menawarkan sokongan penstriman HDR pada beberapa platform, dan hari ini mereka turut mengumumkan sokongan penstriman HDR untuk pengguna Windows 10. Buat masa ini, penstriman HDR untuk Windows hanya disokong melalui aplikasi Netflix pada Windows 10 dan juga melalui pelayar web Microsoft Edge.

Netflix mengatakan untuk menggunakan ciri ini, pengguna memerlukan peranti Windows 10 dengan cip Intel Core generasi ketujuh dan terkini, serta menggunakan kad grafik NVIDIA GTX 1050 dan ke atas.

Disamping itu, anda juga perlu memastikan anda menggunakan Windows 10 Fall Creators Update untuk menggunakan ciri HDR ini. Dan akhir sekali, monitor komputer anda turut perlu menyokong paparan HDR supaya dapat menonton rancangan Netflix dengan baik menggunakannya.

Bagi anda yang memenuhi semua sokongan yang dinyatakan, mungkin boleh menikmati kandungan Netflix HDR hari ini terus pada komputer Windows 10 anda.


TIPS & ULASAN