Cari @ Amanz

Pada April yang lalu syarikat yang menghasilkan aksesori permainan video Mad Catz telah diumumkan bankrap. Dengan penutupan syarikat, jenama Saitek yang dimiliki mereka turut terkubur. Hari ini sebuah video acah telah dikongsi yang memberikan petunjuk bahawa jenama ini bangkit semula seperti phoenix.

Pautan video di atas diterima oleh laman Kotaku hari ini. Ia dimuat naik oleh firma Little Big PR yang dimiliki oleh Alex Verrey. Beliau sebelum ini pernah betugas di Mad Catz. Video acah hanya menunjukkan slogan Back In The Game dengan tarikh 4 Januari 2018. Turut dapat dilihat ialah imej tetikus, papan kekunci dan fon kepala. Mungkin Mad Catz sesuai dengan namanya mempunyai sembilan nyawa seperti kucing

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd