Samsung Memperkenalkan Sokongan Bixby Dalam Mandarin Di Malaysia

Samsung Memperkenalkan Sokongan Bixby Dalam Mandarin Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Samsung sebelum ini telah mengumumkan sokongan bahasa Mandarin untuk pembantu maya digital mereka, Bixby. Lanjutan daripadanya, hari ini Samsung Malaysia mengumumkan yang mana sokongan berkenaan kini turut telah diperluaskan kepada pengguna tempatan.

Bixby Mandarin

Dengan pengenalan sokongan bahasa Mandarin ini, kini pengguna tempatan boleh menggunakan bahasa pertuturan berkenaan melalui Bixby Home, Bixby Reminder dan juga Bixby Vision.

Dengan pengenalan bahasa baru ini, ia memberikan lebih pilihan kepada pengguna – selain daripada bahasa Inggeris dan juga Korea. Bagi anda yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, dan menggunakan Galaxy S8, S8+ atau Note8 – mungkin boleh mencuba ciri ini hari ini melalui Bixby pada peranti anda.


TIPS & ULASAN