Rekaan Peranti Kelas Permulaan Samsung Galaxy J2 (2018) Tertiris

Rekaan Peranti Kelas Permulaan Samsung Galaxy J2 (2018) Tertiris

Diterbitkan pada Dis 22, 2017 oleh .

Peranti kelas permulaan memberikan akses peranti pintar kepada golongan yang kurang berkemampuan. Bagi kebanyakan pembaca Amanz, peranti di dalam kelas ini mungkin kurang menarik tetapi ia adalah perlu bagi memberikan akses Internet di negara yang sedang membangun. Samsung Galaxy J2 (2018) baru sahaja tertiris dan ia penawaran Samsung di dalam kelas permulaan untuk tahun 2018.

Peranti ini dilengkapi skrin 5″ (540×960) SAMOLED, dijana pemproses Snapdragon 425, memori sebesar 1.5GB RAM dan stroran sebesar 15GB. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 8-Megapixel pada bahagian belakang dan kamera swafoto sebesar 5-Megapixe. Bateri sebesar 2600 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang masih menggunakan Android 7.1.1 ini.


TIPS & ULASAN