Instagram Kini Membolehkan Anda Menghantar Video Siaran Langsung Melalui Direct

Instagram Kini Membolehkan Anda Menghantar Video Siaran Langsung Melalui Direct

Diterbitkan pada Dis 22, 2017 oleh .

Instagram mempunyai sokongan permesejan peribadi yang dinamakan Direct – membolehkan anda berkongsi teks, gambar, video dan sebagainya. Kini, menambah ciri baru padanya, Instagram telah membolehkan perkongsian video siaran langsung dilakukan terus menggunakannya.

Melalui ciri baru ini, pengguna boleh berkongsi video siaran langsung milik mereka sendiri melalui Direct, atau turut memilih untuk berkongsi video siaran langsung yang sedang ditonton oleh mereka.

Instagram Live

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menonton sesuatu siaran langsung bersama rakan-rakan lain dengan lebih mudah.

Seperti biasa, penerima hanya boleh menontonnya sekiranya siaran langsung masih sedang berlangsung – dan tidak boleh melakukannya selepas ia tamat.

Kemaskini baru ini diperkenalkan secara berperingkat oleh Instagram bermula hari ini.


TIPS & ULASAN