Carian
Asus Zenfone 3 Max Mula Menerima Kemaskini ZenUI 4.0
December 22, 2017 Aman

Asus ketika pengenalan telefon pintar Zenfone 4 tempoh hari telah sedia menjanjikan kemaskini ZenUI 4.0 untuk para pengguna peranti keluarga Zenfone 4 – dimana ia menyertakan pelbagai ciri-ciri baru bersama dengannya, termasuk kemaskini pada antaramuka.

Terkini, berkongsi mengenainya, Asus mengumumkan yang mana kini kemaskini ZenUI 4.0 telah mula ditawarkan untuk pengguna Zenfone 3 Max.

ZenUI 4.0 menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk perubahan pada antaramuka sistem operasi yang lebih kemas, tiada penyertaan aplikasi gendut, dan sokongan galeri yang ditambah dengan kebolehan kecerdasan buatan.

Bagi anda yang menggunakan Asus Zenfone 3 Max, boleh menyemak kemaskini secara manual dengan ke laman Settings > About > System Update.

Komen