Grab Mula Menguji Ciri Melindungi Nombor Telefon Di Malaysia

Grab Mula Menguji Ciri Melindungi Nombor Telefon Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 22, 2017 oleh .

Grab kini telah memulakan ujian beta untuk ciri melindungi nombor telefon untuk para pengguna tempatan – sekaligus menawarkan anda privasi tambahan berbanding sebelum ini.

Dengan ciri baru ini, kedua-dua pemandu dan penumpang tidak boleh melihat nombor telefon masing-masing. Sebaliknya, Grab akan memaparkan nombor maya – dan menghubungkan kedua-dua pengguna dan pemandu melalui nombor maya ini.

Grab Masking

Nombor maya ini akan ditawarkan untuk sementara sahaja sehingga pemanduan berkenaan tamat, dan selepas itu, ia tidak akan menghubungkan pengguna berkenaan lagi.

Langkah ini akan membolehkan nombor telefon sebenar pengguna dilindungi, dan tidak diganggu oleh pemandu – dan begitu juga sebaliknya.

Ciri ini masih pada peringkat ujian beta lagi buat masa ini – dan ia dijangka diperkenalkan secara meluas dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN