Pembina Permua iOS Diminta Menyatakan Kebarangkalian Menerima Barangan Dalam Kotak Tikam

Pembina Permua iOS Diminta Menyatakan Kebarangkalian Menerima Barangan Dalam Kotak Tikam

Diterbitkan pada Dis 22, 2017 oleh .

“Loot boxes”, ataupun kotak tikam semakin menular didalam permainan komputer kebelakangan ini, dan asal-usulnya dapat dikesan kepada permua percuma yang hadir di peranti mudah-alih Android dan iOS.

Apple baru-baru ini mengemaskini garis panduan App Store mereka dimana para pembina permua yang menggunakan mikro-transaksi kotak tikam ini harus menyatakan kebarangkalian menerima barangan yang hadir didalam kotak tikam tersebut.

Kemaskini tersebut boleh dilihat di laman web pembina Apple, dibawah tajuk Payments, yang berbunyi:

Apps offering “loot boxes” or other mechanisms that provide randomized virtual items for purchase must disclose the odds of receiving each type of item to customers prior to purchase.

Ini bermakna semua pembina permua dengan sistem kotak tikam haruslah secara terang menunjukkan kebarangkalian mendapatkan barang yang khusus, untuk memastikan bahawa para pemain permua tidak ditipu oleh pembangun dan membazirkan wang untuk mendapatkan barang yang diingini..

Bagi pemain permua tegar, ini merupakan sebuah berita yang cukup baik sekali buat mereka kerana sekarang mereka boleh tahu kebarangkalian mendapatkan mana-mana barangan dari kotak tikam yang mereka beli.


TIPS & ULASAN