Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) telah diumumkan minggu ini secara mengejut. Kewujudannya telah didengari sejak dua bulan kebelakangan ini. Dengan Galaxy A8, Samsung akhirnya melancarkan peranti nirbingkai kelas pertengahan dengan dwi-kamera swafoto pertama mereka. Yang menjadi misteri ialah harga jualannya.

Peranti ini telah dilancarkan di Vietnam semalam dan kini kita boleh mengagak harga jualannya di Malaysia kelak. Di Vietnam Galaxy A8 (2018) dijual pada harga 10,990,000 VND (~RM 1973) manakala A8+ pula dijual pada harga 13,490,000 VND (~RM 2422) sebuah. Tahun lalu Galaxy A5 2017 yang mempunyai saiz fizikal setanding dengan A8 dijual pada harga RM 1699. Galaxy A7 (2017) yang setanding dengan A8+ (2018) pula dijual pada harga RM 1899.

harga jualan di Vietnam ialah tolok perbandingan paling sesuai digunakan kerana kita berada di rantau yang sama. Di Eropah terdapat laporan harga jualan Galaxy A8 (2018) ialah Euro 499 (~RM 2418). Pengumuman harga jualan di Malaysia hanya akan diketahui apabila kedua-dua peranti dilancarkan secara rasmi Januari hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd