Opera 50 Beta Kini Turut Menyertakan Perlindungan Daripada Skrip Melombong Kriptowang

Opera 50 Beta Kini Turut Menyertakan Perlindungan Daripada Skrip Melombong Kriptowang

Diterbitkan pada Dis 22, 2017 oleh .

Opera merupakan salah satu pengeluar pelayar web yang sering hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya. Terkini, dengan populariti pelbagai web yang menyertakan sokongan skrip melombong kriptowang yang menggunakan kuasa pemprosesan komputer pengguna tanpa kebenaran – pihak Opera mengambil langkah untuk menyertakan penghalang skrip seumpamanya secara terbina.

Opera NoCoin

Melalui ciri ini, ia mengelak komputer pengguna daripada digunakan tanpa kebenaran untuk perlombongan kriptowang seperti Bitcoin dan sebagainya. Ia sekaligus melindungi komputer anda – dan mengelak kuasa pemprosesan anda digunakan tanpa anda sedari untuk tujuan lain.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, anda boleh mencuba Opera 50 Beta ini hari ini. Sekiranya anda menggunakan pelayar web lain, anda turut boleh mencuba pemalam NoCoin yang ditawarkan secara percuma.

Muat-Turun Opera 50 Beta


TIPS & ULASAN