Cari @ Amanz

Eric Schmidt merupakan satu nama yang cukup penting sekali di arena teknologi moden. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif syarikat Alphabet, sebuah syarikat konglomerat yang memiliki syarikat-syarikat teknologi yang besar seperti Google, Waymo, Boston Dynamics dan sebagainya,

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Alphabet, walaupun Eric Schmidt meletakkan jawatan sebagai pengurus eksekutif, beliau masih akan berada di Alphabet sebagai penasihat teknikal, dan akan mengambil peranan yang lebih aktif lagi di arena teknologi baru dan kedermawanan untuk kebaikan sejagat.

Buat masa ini, Alphabet masih belum mengeluarkan kata putus mengenai siapa yang akan mengambil alih jawatan yang dikosongkan oleh Eric Schmidt, tetapi terdapat beberapa laporan yang menyatakan bahawa mereka akan melantik seorang pengerusi bukan eksekutif tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd