Instagram Menguji Ciri Penerbitan Gambar Ke Lebih Dari Satu Akaun Pada Waktu Sama

Instagram Menguji Ciri Penerbitan Gambar Ke Lebih Dari Satu Akaun Pada Waktu Sama

Diterbitkan pada Dis 22, 2017 oleh .

Instagram sebelum ini sedia menambah sokongan multi-akaun ke aplikasi mereka, sekaligus membolehkan pengguna menguruskan akaun Instagram berbeza dengan aplikasi yang sama tanpa bergantung kepada aplikasi lain. Kini, lanjutan daripadanya, Instagram turut dilihat ingin memudahkan pengguna untuk berkongsi dan menerbitkan gambar yang sama pada pelbagai akaun secara serentak.

Melalui pilihan yang dipaparkan kepada beberapa pengguna, pada panel menerbitkan gambar atau video, anda diberikan pilihan untuk menerbitkan gambar atau video berkenaan pada akaun yang mana.

Langkah ini semestinya akan memudahkan bagi para pengurus media sosial yang perlu menjaga pelbagai akaun – serta ingin menerbitkan suatu kandungan yang serupa pada waktu yang sama.

Buat masa ini, ia sekadar ujian sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ciri berkenaan akan diperkenalkan kepada pengguna umum.


TIPS & ULASAN