Cari @ Amanz

Qualcomm sebelum ini telah memperkenalkan cip Snapdragon 845 dengan rekaan 10nm dan beberapa ciri-ciri baru bersama dengannya. Selari dengan pengumumannya, Microsoft telah mengumumkan sejumlah komputer riba menggunakan cip Snapdragon yang akan memasuki pasaran bermula 2018 kelak.

Kini, selain daripada Microsoft, Google turut dilihat mempunyai perancangan untuk komputer riba menjalankan cip Snapdragon 845.

Perkara ini ditemui oleh XDA Developers melalui perubahan kod sumber terbuka untuk Chromium yang menambah sokongan untuk Snapdragon 845.

Sekiranya benar, ini mungkin akan menjadi komputer riba Chromebook berasaskan ChromeOS yang terawal menggunakan cip Snapdragon – sekaligus menawarkan sokongan selular dan masa penggunaan bateri yang lama melaluinya.

Mungkin juga ini adalah persediaan pihak Google untuk bersaing dengan siri komputer Windows berasaskan cip Snapdragon pada tahun hadapan – sekaligus menawarkan komputer Chromebook pada harga yang sangat kompetitif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd