Kelajuan LTE Terbaik Pada Pixel 2 Dan Terburuk Pada iPhone X Di Kalangan Peranti Utama

Kelajuan LTE Terbaik Pada Pixel 2 Dan Terburuk Pada iPhone X Di Kalangan Peranti Utama

Diterbitkan pada Dis 23, 2017 oleh .

Kelajuan LTE pada peranti ialah sesuatu yang kurang diambil peduli di kalangan pengguna. Ramai merasakan dengan hanya membeli peranti utama, peranti mereka pasti akan secara automatik mampu menikmati rangkai LTE pada kelajuan tertinggi. Tetapi menurut laporan PCMag,com, kelajuan LTE pada peranti-peranti utama 2017 adalah amat berbeza di antara satu sama lain.

Mereka mendapati kelajuan LTE adalah terbaik pada peranti Google Pixel 2 manakala kelajuan terburuk pula pada Apple iPhone X. Ujian dilakukan pada kesemua jalur LTE yang disokong Pixel 2, iPhone X, Samsung Galaxy Note 8 dan LG V30. Mereka turut melakukan ujian ke atas dua model iPhone X yang dilengkapi modem Qualcomm dan Intel.

Dalam ujian jalur 4 LTE menggunakan 4X4 MIMO pula, iPhone X tidak tersenarai kerana tidak menyokongnya. Modem Qualcomm Snapdragon X16 pada iPhone X menyokong 4X4 Mimo tetapi tidak diaktifkan bagi menyama ratakan kemampuannya dengan iPhone X yang menggunakan modem Intel. Jadi sekiranya anda mahukan peranti utama dengan kelajuan LTE yang terbaik, pilihan paling bijak ialah Pixel 2.


TIPS & ULASAN