NVIDIA Akan Menghentikan Sokongan Untuk Sistem 32-bit

NVIDIA Akan Menghentikan Sokongan Untuk Sistem 32-bit

Diterbitkan pada Dis 23, 2017 oleh .

Dengan perkembangan arena teknologi, lebih ramai yang kini menggunakan sistem berasaskan 64-bit yang menawarkan lebih kuasa pemprosesan dan penggunaan lebih efisyen. Memandangkan majoriti pengguna kini menjalankan sistem 64-bit, sokongan untuk 32-bit dihentikan sedikit demi sedikit.

Terkini, pihak NVIDIA telah memperlihatkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk sistem operasi 32-bit, dan hanya memfokuskan kepada 64-bit sahaja selepas ini. Pemacu perisian NVIDIA versi 390 yang dijangka hadir pada Jnauari 2018 kelak dijangka akan menjadi sokongan terakhir untuk versi 32-bit – dan NVIDIA akan menawarkan sokongan sekuriti untuk tempoh setahun sejak pengenalannya.

Namun, sokongan seperti ciri-ciri baru dan sokongan untuk perkakasan baru tidak akan diperlanjutkan – memerlukan pengguna beralih kepada sistem berasaskan 64-bit selepas itu.

Seperti biasa, pengguna digalakkan menggunakan sistem 64-bit kerana pemprosesan yang lebih efisyen, serta beberapa ciri sekuriti tambahan.


TIPS & ULASAN