Cari @ Amanz

Google Hangouts adalah salah satu mod komunikasi yang agak popular dikalangan sejumlah pengguna. Melaluinya, selain menghantar dan menerima teks – anda turut boleh membuat panggilan video dan suara – selain turut menggunakan ciri-ciri seperti perkongsian skrin dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, pengalamannya lebih menarik untuk digunakan pada Chrome, dan pengguna perlu memasang pemalam tambahan. Memandangkan Firefox telah mengurangkan sokongan pemalam luar – ia membuatkan sejumlah pengguna Firefox perlu menggunakan pelayar web Chrome setiap kali ingin menggunakan panggilan Hangouts.

Kini, ia berubah. Google telah mula menawarkan sokongan natif untuk pengguna pelayar web Firefox – membolehkan anda menggunakannya tanpa sebarang pemalam tambahan. Perkara ini dijayakan dengan penggunaan teknologi WebRTC untuk panggilan video dan juga audio.

Dengan langkah ini, kini pengguna Firefox boleh menggunakan ciri Google Hangouts tanpa sebarang pemalam tambahan – sekaligus kekal berhubung dengan rakan-rakan dengan mudah.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Hangouts Call?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd