OnePlus 5 Mula Menerima Kemaskini OxygenOS 5.0 Berasaskan Android O

OnePlus 5 Mula Menerima Kemaskini OxygenOS 5.0 Berasaskan Android O

Diterbitkan pada Dis 25, 2017 oleh .

OnePlus hari ini membuat kejutan dan mengumumkan pengenalan kemaskini berperingkat untuk Oxygen OS 5.0 bagi para pengguna peranti OnePlus 5. Seperti dinantikan ramai, Oxygen OS 5.0 ini adalah penawaran kemaskini berasaskan Android Oreo yang pertama untuk OnePlus 5.

OnePlus 5 Oreo

Melaluinya, selain menawarkan ciri-ciri baru daripada penggunaan sistem Android 8.0 Oreo, ia turut menawarkan kemaskini antaramuka baru untuk aplikasi kamera, sokongan melihat gambar dalam galeri pada peta berasaskan tempat ia dirakamkan, sertai pengoptimasian lain seperti penambah-baikkan pada bateri dan WiFi.

Pihak OnePlus mengatakan kemaskini berperingkat ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada sebilangan kecil pengguna bermula hari ini – dan akan diperkenalkan secara meluas kepada semua dalam beberapa hari lagi.

Bagi anda yang menggunakan OnePlus 5, mungkin boleh menyemak kemaskini pada peranti anda bermula hari ini.


TIPS & ULASAN