(Ura-Ura) OnePlus 6 Dijangka Dipasarkan Lebih Awal Berbanding Sebelum Ini

(Ura-Ura) OnePlus 6 Dijangka Dipasarkan Lebih Awal Berbanding Sebelum Ini

Diterbitkan pada Dis 25, 2017 oleh .

OnePlus merupakan salah satu jenama telefon pintar yang popular dikalangan peminat gajet. Sejak tahun lepas, OnePlus telah mula mengeluarkan dua peranti utama setiap tahun, iaitu melalui versi “T”.

OnePlus 5T telah pun dipasarkan di Malaysia bermula bulan ini, dan kini desas-desus awal mengenai peranti akan datang OnePlus telah mula kedengaran.

Melalui desas-desus baru yang kedengaran di arena internet, ia dikatakan OnePlus mungkin mengeluarkan dan memasarkan OnePlus 6 lebih awal daripada sebelum ini. Ia dikatakan berkemungkinan seawal Mac atau April kelak.

Jikalau dibandingkan sebelum ini, OnePlus 5 dilancarkan pada Jun 2017 – dan sekiranya benar OnePlus 6 dilancarkan Mac, ia akan memperlihatkan peranti baru diperkenalkan sekitar 3 bulan lebih awal.

Namun, langkah ini mungkin lebih realistik bagi pihak OnePlus dalam menjaga hati pengguna mereka – dan boleh mengeluarkan OnePlus 6T atau apa yang dipanggil kelak pada penghujung tahun tanpa membuatkan peminat mereka rasa tertipu.

Seperti biasa, ini sekadar desas-desus awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN