Edward Snowden Melancarkan Aplikasi Haven Yang Mengubah Peranti Android Lama Menjadi Kamera Keselamatan

Edward Snowden Melancarkan Aplikasi Haven Yang Mengubah Peranti Android Lama Menjadi Kamera Keselamatan

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

Edward Snowden dilabel sebagai pengkhianat kerana meniriskan kewujudan projek pemantauan yang dilakukan oleh NSA di seluruh dunia. Beliau melarikan diri ke Russia bagi mengelakkan diri dipenjarakan seperti Chelsea Manning. Beliau baru sahaja melancarkan aplikasi Haven yang mengubah peranti lama Android menjadi kamera keselamatan.

Peranti pintar moden dilengkapi kamera, mikrofon dan pelbagai sensor yang diperlukan untuk menjadikannya sebuah kamera keselamatan yang murah. Dengan hanya memasang Haven, peranti lama dengan mudah dikitar naik untuk memantau rumah dan pejabat. Haven mensasarkan golongan aktivis dan wartawan yang risau diri mereka diperhatikan oleh pihak berkuasa.

Snowden berharap dengan penggunaan aplikasi ini, dua golongan ini akan merasa lebih selamat untuk meneruskan usaha mereka menentang kebathilan.

Muat turun aplikasi Haven dari Google Play


TIPS & ULASAN