Tiada Lagi Pendaftaran Baru Pelan Tanpa Had Daripada Webe Selepas 12 Januari 2018

Tiada Lagi Pendaftaran Baru Pelan Tanpa Had Daripada Webe Selepas 12 Januari 2018

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

Webe merupakan salah satu perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih yang dimiliki oleh Telekom Malaysia, dan baru-baru ini memperlihatkan penjenamaan semula perkhidmatan berkenaan kepada Unifi Mobile. Kini, selain daripada penjenamaan semula, TM juga dilihat mempunyai perubahan penawaran pada pelan Webe untuk pengguna.

Webe 12 Januari

Kini, melalui web rasmi Webe, mereka telah mula menyatakan yang mana tarikh akhir untuk pendaftaran pelan sedia ada adalah 12 Januari 2018 kelak. Webe menyatakan yang mana selepas 12 Januari 2018 kelak, pengguna tidak lagi boleh mendaftar untuk WebeMobile dan juga WebeBroadband.

Ini bermakna, selepas tarikh 12 Januari 2018 kelak, pengguna tidak lagi boleh mendaftar untuk pelan data tanpa had, panggilan tanpa had dan SMS tanpa had yang ditawarkan buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi mengapakah langkah ini dilakukan.

Webe Tamat 12 Januari

Webe turut menyatakan yang mana pengguna sedia ada tidak terkesan dan boleh kekal menggunakan perkhidmatan seperti biasa walaupun selepas tarikh berkneaan.

Selain WebeMobile dengan fokus terhadap pelan tanpa had, pelan WebeBroadband dengan fokus terhadap perkongsian rangkaian 20GB untuk RM59 juga akan ditamatkan pada tarikh yang sama.

Webe Tamat 12 Januari

Dengan kedua-dua pelan ini ditamatkan, kita mungkin akan melihat sesuatu yang baru daripada Telekom Malaysia dan pihak Webe pada 13 Januari 2018 kelak.


TIPS & ULASAN