Pengguna Digi? Kini Anda Boleh Tebus 1GB Data Secara Percuma

Pengguna Digi? Kini Anda Boleh Tebus 1GB Data Secara Percuma

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

Bersempena dengan penghujung tahun ini, Digi kini menawarkan 1GB secara percuma untuk para pengguna mereka, dan membolehkan anda menggunakan data berkenaan selama sehari lamanya.

Digi 1GB Free

Untuk mendapatkannya, and hanya perlu memuat-turun atau mengemaskini aplikasi MyDigi anda di Android atau iOS, dan menebus 1GB Welcome Gift melaluinya. Sebaik sahaja menebusnya, data 1GB percuma ini akan digunakan terlebih dahulu, sebelum talian telekomunikasi anda menggunakan data langganan anda.

Digi mengatakan penawaran data 1GB percuma ini adalah terhad, dan perlu ditebus dalam masa 7 hari.

Bagi anda yang menggunakan rangkaian Digi, mungkin boleh menyemak penawaran data percuma ini hari ini dengan memuat-turun dan menyemak aplikasi MyDigi anda.

Digi 1GB Percuma

Layari : Digi 1GB Welcome Gift


TIPS & ULASAN