Butiran CPU Intel Dengan Cip Grafik AMD Tertiris – Intel Core i7-8709G Hadir Dengan Cip Grafik Vega M
AMD

Butiran CPU Intel Dengan Cip Grafik AMD Tertiris – Intel Core i7-8709G Hadir Dengan Cip Grafik Vega M

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

Banyak berita mengenai kerjasama Intel dan AMD untuk mencipta sebuah gabungan CPU dan GPU dalam satu pakej sudahpun tersebar ke arena web, tetapi kini terdapat sebuah video yang meniriskan butiran-butiran mengenai CPU tersebut.

Seorang blogger teknologi dari Thailand yang bernama TUM APISAK baru-baru ini meniriskan butiran-butiran yang cukup menarik mengenai CPU dari Intel tersebut yang dinamakan Intel Core i7-8709G berasaskan cip Intel Kaby Lake yang hadir dengan cip grafik AMD Radeon Vega M dan memori grafik HBM2.

Dari segi spesifikasi, menurut video YouTube TUM APISAK, CPU ini hadir dengan kelajuan asas 3.1GHz dan Turbo Boost 3.9GHz, manakala cip grafik Vega M pula hadir dengan memori HBM2 sebanyak 4GB dan kelajuan asas 1.19GHz.

Buat masa ini, masih tidak diketahui jika ini adalah spesifikasi muktamad untuk projek terbaru daripada Intel dan AMD, dan jika ini satu-satunya model yang akan hadir apabila siri ini akan diperkenalkan pada suku pertama 2018 kelak.


TIPS & ULASAN