Crytek Bekerjasama Dengan Crycash Untuk Memasukkan Sokongan Kriptowang Ke Dalam Transaksi Dalam Permainan Mereka

Crytek Bekerjasama Dengan Crycash Untuk Memasukkan Sokongan Kriptowang Ke Dalam Transaksi Dalam Permainan Mereka

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

Penggunaan pelbagai jenis kriptowang untuk transaksi pembelian dan penjualan kini nampaknya semakin menular, dan syarikat pembina permainan komputer, Crytek juga kini nampaknya bakal memasukkan sokongan untuk kriptowang kedalam permainan komputer mereka.

Crytek baru-baru ini dilihat bekerjasama dengan Crycash, sebuah ekosistem tanpa pusat untuk mencipta sebuah kriptowang baru yang mensasarkan kepada golongan gamer.

Crytek  Menurut Wachtang Budagaschwili, CEO Crycash, kriptowang ini boleh digunakan untuk mencapai dua perkara, iaitu satu cara untuk menghadiahkan pencapaian kepada pemain, dan pada masa yang sama, membolehkan pembangun permainan video untuk menjual barangan dalam permainan kepada para pemain.

Menurut Crytek, permainan-permainan komputer pertama yang akan melihat pelaksanaan kriptowang Crycash (CRC) ini termasuklah Cryengine dan juga War Turkeys.

Crycash sudahpun mula menjual kriptowang CRC ini bermula 12 Disember sehingga 15 Januari 2018 pada harga 0.001 ETH (Ethereum), dan untuk 120 jam (5 hari) yang pertama, pembeli akan mendapat diskaun sebanyak 15 peratus.

Selepas 120 jam tersebut, diskaun tersebut akan turun sebanyak 1 peratus setiap hari sehingga 31 Disember 2017 jam 18:59 UTC. Anda boleh membeli Crycash dengan kriptowang lain juga, seperti Bitcoin, Litecoin dan DASH. Mereka yang membeli kriptowang Crycash pada waktu ini akan dapat menguji aplikasi Plink yang akan menggabungkan permainan komputer Crytek kepada sistem Crycash.


TIPS & ULASAN