oBike, salah satu penyedia perkhidmatan menyewa basikal yang ditawarkan secara meluas di beberapa bandar di Malaysia, kini mengumumkan mereka kelak akan melancarakn kriptowang tersendiri, dinamakan sebagai oCoins.
oBike menggunakan protokol TRON untuk tujuan berkenaan, dan akan membolehkan pengguna membuat pembayaran langganan basikal menggunakannya – disamping turut menggunakan oCoins pada pelbagai platform lain.
oBike turut mengatakan selain membelanjakan oCoins, pengguna turut boleh menjana kriptowang berkenaan dengan menunggang oBike lebih banyak kali.
Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai oCoins ini dalam bulan-bulan akan datang.