Micron Melengkapkan Rekaan Memori GDDR6 – Akan Mula Dikeluarkan Besar-Besaran Pada 2018

Micron Melengkapkan Rekaan Memori GDDR6 – Akan Mula Dikeluarkan Besar-Besaran Pada 2018

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

Micron, sebuah syarikat pembuat cip memori kini dikatakan telah melengkapkan rekaan cip memori GDDR6 dan bakal digunakan oleh AMD dan NVIDIA untuk kad grafik kelas tertinggi mereka pada tahun hadapan.

Menurut Kristopher Kido, Pengarah bisnes memori global Micron, syarikat tersebut sudahpun melengkapkan rekaan dan spesifikasi cip memori grafik tersebut, dan akan mula dikilangkan pada tahun 2018 kelak.

Micron juga terkenal kerana mereka satu-satunya syarikat yang berjaya mengilang cip memori GDDR5X yang digunakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 dan 1080 Ti yang dinobatkan antara kad grafik yang paling berkuasa yang boleh dibeli sekarang.

Dari segi spesifikasi, cip memori GDDR6 dikatakan akan hadir dengan padatan memori sebanyak 8Gb dan 16Gb, yang membenarkan pembuat-pembuat kad grafik untuk menggunakan memori GDDR6 ini sebanyak 8GB dan 12GB, manakala dari segi kelajuan, memori GDDR6 ini secara teorinya mampu digerakkan sehingga 16GHz, walaupun menurut Micron, keluaran awal cip grafik ini akan hadir dengan kelajuan 12-14GHz.

Sebagai perbandingan, kad grafik NVIDA GeForce GTX Titan Xp dengan 12GB memori GDDR5X hadir dengan kelajuan memori 11.4Gbps, jadi anda boleh bayangkan betapa lajunya kad grafik kelas atasan tahun depan apabila ia hadir di pasaran.


TIPS & ULASAN