Smiles Of 2017 Kini Boleh Diakses Pada Google Photos – Mengumpul Gambar-Gambar Senyuman Sepanjang Tahun

Smiles Of 2017 Kini Boleh Diakses Pada Google Photos – Mengumpul Gambar-Gambar Senyuman Sepanjang Tahun

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

Tinggal haya lima hari sahaja lagi sebelum tahun 2017 melabuhkan tirainya. Sekiranya anda menggunakan Google Photos pada tahun ini, fungsi Smiles of 2017 kini boleh diakses. Gambar-gambar di dalam album Google Photos yang mengandungi senyuman akan dikumpulkan di dalam video pendek sepanjang 31 saat.

Pengguna hanya perlu ke tab Assistant dan Smiles of 2017 akan menjadi pilihan paling teratas. Jika anda kurang gembira dengan video yang dihasilkan secara automatik ini, ia boleh disunting dan gambar yang dipaparkan diubah mengikut kehendak pengguna. Selamat mencuba.


TIPS & ULASAN