Cari @ Amanz

California nampaknya sebuah kawasan yang cukup popular sekali untuk banyak syarikat menguji pelbagai teknologi baru, dan salah satu teknologi yang hangat diuji ialah teknologi swapandu.

Qualcomm kini dilihat mahu menguji cip swapandu terbaru mereka yang dinamakan 9150 C-V2X, dan kerajaan California baru-baru ini dikatakan telah memberi kebenaran untuk syarikat tersebut menguji teknologi baru tersebut.

Cip 9150 C-V2X tersebut memberikan kereta-kereta swapandu yang hadir dengan cip ini kebolehan untuk melihat 360 darjah di sekeliling kereta tersebut, dan juga kebolehan untuk berkomunikasi dengan kereta-kereta swapandu lain yang mempunyai cip yang sama.

Menariknya, tidak seperti syarikat-syarikat seperti Waymo dan NVIDIA yang hadir dengan kereta swapandu mereka sendiri, Qualcomm akan menguji cip ini dengan kereta swapandu yang sedia ada, dengan harapan cip ini akan digunakan oleh kereta-kereta tersebut sebagai satu langkah keselamatan.

Buat masa ini, Qualcomm sudahpun mula menjalankan ujian dengan menggunakan kenderaan Ford di San Diego, dan tidak lama lagi, mereka berharap dapat menguji cip keselamatan swapandu ini di negara-negara seperti Jepun, China, Germany dan sebagainya untuk mendapatkan lebih banyak lagi data swapandu di pelbagai lokasi dan keadaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd