Vivo Xplay 7 Dijangka Menjadi Peranti Pertama Vivo Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin

Vivo Xplay 7 Dijangka Menjadi Peranti Pertama Vivo Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

Vivo sebelum ini telah memperlihatkan sokongan teknologi pengimbas cap jari yang hadir terbina pada skrin. Desas-desus sebelum ini turut mengatakan Vivo akan menjadi yang terawal mengintegrasikan sokongan berkenaan pada penawaran komersial – dan kini info lanjut hadir mengatakan Vivo Xplay 7 mungkin menjadi yang terawal mengintegrasikannya.

Vivo Xplay 7

Vivo Xplay 7 dijangka hadir dengan rekaan skrin menyeluruh dengan bingkai yang nipis, serta menggunakan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Desas-desus turut mengatakan ia mungkin menyertakan sokongan spesifikasi yang tinggi bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Vivo akan melancarkannya secara rasmi.


TIPS & ULASAN