Pihak WhatsApp sebelum ini telah menyatakan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk beberapa platform pada penghujung tahun ini, dan tarikh berkenaan semakin rapat, iaitu 31 Disember 2017.
Platform yang akan ditamatkan sokongan WhatsApp Messenger pada tarikh berkenaan adalah BlackBerry OS, BlackBerry 10 dan juga Windows Phone 8.0.
WhatsApp tidak mengeluarkan kenyataan mengenai mengapakah sokongan ditamatkan. Biasanya, perkara ini berlaku kerana sistem operasi berkenaan tidak lagi disokong pengeluar – sekaligus menyukarkan mereka memperkenalkan ciri-ciri baru. Disamping itu, angka pengguna yang sangat sedikit juga sering membuatkan sokongan untuk sesuatu platform dimatikan.
Bagi anda yang masih menggunakan peranti berasaskan BlackBerry OS, BlackBerry 10 atau Windows Phone 8.0, anda dinasihatkan beralih ke platform lain untuk terus kekal menggunakan WhatsApp Messenger untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan lain.