Cari @ Amanz

Oppo F5 dilancarkan di Malaysia November yang lalu dengan rekaan nirbingkai. Peranti kelas pertengahan ini sekali lagi mengutamakan kemampuan mengambil gambar yang baik. Bagi peminat pelakon kacak Fattah Amin, Oppo F5 edisi khas Fattah Amin bakal dilancarkan di Malaysia.

Dari segi spesifikasi Oppo F5 dilengkapi skrin 6″ FHD+, dijana pemproses MediaTek Helio P23, memori sebesar 4/6GB, storan sebesar 64GB, kamera utama sebesar 16-Megapixel f/1.8, kamera hadapan 20-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3200 mAh. Harga, tarikah jualan dan saiz RAM edisi khas pelakon Suri Hati Mr Pilot ini masih belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd