Cari @ Amanz

Huawei sebelum ini telah memulakan ujian Android 8.0 Oreo untuk beberapa model peranti mereka, dan kini ia turut diperlanjutkan untuk telefon pintar dengan fokus terhadap permainan video, iaitu Honor 8 Pro.

Bagi anda yang mempunyai Honor 8 Pro, dan ingin menjadi terawal untuk menguji EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo, anda boleh ke laman rasmi Huawei, dan mendaftarkan minat untuk mencubanya.

honor 8 Pro Oreo

Seperti ramai sedia maklum, EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk Picture-in-Picture, antaramuka yang sedikit dikemaskini, integrasi pembelajaran mesin, mengingati info log masuk, dan sebagainya.

Honor 8 Pro merupakan salah satu telefon pintar dibawah keluarga Honor yang berkuasa tinggi, dan ditawarkan di Malaysia pada harga RM1799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd