Pada tahun 2010, Library of Congress Amerika Syarikat mengumumkan mereka akan mengumpul kesemua kicauan Twitter yang pernah ditulis. Tujuan ia dikumpul ialah untuk kajian generasi masa hadapan. Mereka kemudian turut mengumpul kesemua tweet yang pernah dihantar sejak 2006.
Projek pengumpulan kicauan secara menyeluruh ini akan dihentikan bermula 31 Disember 2017. Selepas ini mereka hanya akan mengumpul kicauan yang dianggap mempunyai nilai sejarah. Pengenalan 280 aksara adalah antara faktor yang menyebabkan projek ini dihentikan. Pada waktu yang sama mereka hanya menyimpan teks kicauan tanpa gambar atau video. Ini menyebabkan kicauan yang dikumpul tidak bermakna.