Oppo A83 Hadir Dengan Sokongan Imbasan Wajah – Tanpa Pengimbas Cap Jari

Oppo A83 Hadir Dengan Sokongan Imbasan Wajah – Tanpa Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada Dis 27, 2017 oleh .

Oppo kini turut memperkenalkan salah satu variasi peranti seumpama Oppo F5, dinamakan sebagai Oppo A83. Ia menawarkan rekaan yang sama seperti Oppo F5, dan membezakannya adalah dimana ia tidak menyertakan pengimbas cap jari, dan hanya menyertakan sokongan imbasan wajah untuk nyah-kunci peranti.

Oppo A83 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan HD+, dilengkapi MediaTek Helio P23, memori 4GB RAM dan ruangan storan 32GB. Melengkapkan ia adalah rekaan berasaskan logam, dan bateri berkapasiti 3180mAh.

Oppo A83

Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 13-megapixel yang boleh merakamkan gambar pada resolusi 50-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel dengan integrasi Beauty Mode berasaskan kecerdasan buatan.

Disamping itu, kamera hadapan juga turut hadir dengan sokongan mengimbas wajah pada 128 titik berbeza, sekaligus membolehkan peranti dinyah-kunci pada kelajuan sehingga 0.18 saat.

Buat masa ini, Oppo A83 hanya diumumkan di China sahaja.


TIPS & ULASAN