Zanco tiny T1 Ingin Menjadi Telefon Terkecil Di Dunia

Zanco tiny T1 Ingin Menjadi Telefon Terkecil Di Dunia

Diterbitkan pada Dis 27, 2017 oleh .

Pada hari ini, kebanyakkan peranti telah bersaiz besar mencapai 6-inci, dan tidak ketinggalan juga mereka yang menggunakan tablet dengan sokongan panggilan telefoni sebagai pengganti telefon mereka. Perkara ini mungkin membuatkan ada pengguna yang merindui telefon bersaiz kecil.

Kini, menyedari permintaan untuknya, sebuah projek mengumpulkan dana di Kickstarter untuk membangunkan telefon bimbit bersaiz paling kecil didunia, dinamakan Zanco Tiny T1.

Zanco Tiny T1

Ia menyertakan sokongan panggilan suara, dan SMS secara terbina bersama dengannya. Dengan saiznya yang kecil, ia sekaligus menjadikan telefon ini antara yang baik untuk mereka yang kerap bersukan, atau untuk digunakan sebagai telefon kedua anda.

Dari segi ketinggian, ia hanya setinggi 46.7mm, dan selebar 21mm. Zanco Tiny T1 hanya menyokong rangkaian 2G, dan ia menawarkan bateri dengan masa bertahan bateri sehingga 3 hari lamanya.

Zanco Tiny T1

Zanco Tiny T1

Bagi anda yang berminat, boleh membuat sumbangan sekurang-kurangnya £35 dan mendapatkan telefon paling kecil di dunia ini.

Layari : Projek Zanco Tiny T1 Di Kickstarter


TIPS & ULASAN