Huawei Telah Melancarkan Pelbagai Peranti Menarik Sepanjang Tahun 2017

Huawei Telah Melancarkan Pelbagai Peranti Menarik Sepanjang Tahun 2017

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Sepanjang tahun 2017, banyak telefon pintar yang telah dilancarkan dan salah satu peranti yang dikenali di Malaysia adalah telefon pintar berjenama Huawei. Bermula daripada siri P9 sehingga siri Mate 10, inovasi untuk kamera telefon pintar yang dijalankan semakin bertambah baik. Antara inovasi yang memberi kejayaan besar kepada Huawei tahun ini adalah inovasi dwi kamera dengan hasil kerjasama antara P9 dan Leica Camera.

Zoom optikal X2 menjadi lebih lancar dan jelas untuk generasi kedua Mate 9, apabila Huawei telah menawarkan ciri ciri dwi kamera dengan kebolehan untuk telefoto zoom dengan sensor monokrom yang telah dinaik taraf kepada 20MP. Selain itu, P10 juga merupakan antara telefon kamera terbaik keluaran Huawei dengan fungsi Portrait Mode yang memberikan peggambaran ala Leica melalui kesan bokeh, beautify mode dan kesan vignette pada gambar.

Huawei Mate 10 Pro

Mate 10 juga merupakan satu lagi inovasi dwi kamera untuk telefon pintar apabila teknologi AI telah digunakan. Inovasi ini merupakan satu inovasi utama untuk industri fotografi telefon pintar dimana teknologi AI yang digunakan dapat menghasilkan fotografi yang lebih cantik seteruskan memberikan pengalaman fotografi yang lebih baik kepada pengguna.

Pelancaran produk Mate 10 dengan ciri AI ini telah menarik perhatian ramai pengguna. Fungsi teknologi AI ini juga telah diperlihatkan semasa pelancarannya tahun ini. Ciri-ciri istimewa seperti fotografi pintar AI, 50 penterjemahan masa nyata, mod desktop EMUI, serta ketahanan bateri yang lebih lama berkat teknologi AI ini telah diperlihatkan dengan baik sekali sepanjang pelancaran tersebut.

Huawei Mate 10

Untuk pengakhiran tahun 2017 yang bakal tamat tidak lama lagi, peranti Mate 10 ini juga merupakan inovasi Huawei yang terbaik dan permulaan untuk trend teknologi AI. Inovasi teknologi AI ini tidak akan dihentikan oleh Huawei kerana ini membuatkan Huawei mendapat tempat yang lebih baik dalam industri telefon pintar justeru membuatkan mereka menjadi lebih bermotivasi untuk mencipta inovasi terbaru untuk produk mereka akan datang.

Berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil dengan menggunakan teknologi AI oleh telefon Mate 10.





Jelas sekali telefon pintar ini sangat mudah dan bagus digunakan kerana ia dapat menghasilkan fotografi yang cantik untuk disimpan sebagai kenangan. Jadi jangan lupa dapatkan telefon pintar keluaran Huawei ini sebelum anda memulakan percutian akhir tahun anda bersama keluarga.

Layari: Laman Rasmi vmall.my

Penafian: Advertorial dari Huawei


TIPS & ULASAN