LG Dan HERE Mengumumkan Kerjasama Untuk Teknologi Kenderaan Swapandu

Diterbitkan pada Dis 27, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG dan HERE hari ini mengumumkan kerjasama dalam pembangunan teknologi untuk swapandu, dimana kedua-dua pihak akan menawarkan sokongan telematik untuk kenderaan swapandu.

Melalui kerjasama ini, ia akan mengabungkan kepakaran pelbagai peralatan daripada LG bersama teknologi navigasi milik HERE. Teknologi untuk swapandu ini akan ditawarkan kepada mana-mana pihak yang ingin membangunkan kenderaan swapandu mereka tersendiri.

LG HERE

Pada masa yang sama, HERE turut berkongsi secara ringkas mengenai HD Live Map, iaitu perkhidmatan pemetaan berasaskan awan yang menawarkan kejituan tinggi dan sesuai untuk kenderaan automatik.

Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum mengumumkan rakan kerjasama yang akan menggunakan teknologi mereka pada kenderaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami