Carian
Sistem Operasi Apple Lisa Akan Ditawarkan Dalam Bentuk Sumber Terbuka
December 27, 2017 Aman

Computer History Museum sedia menawarkan sejumlah perisian secara percuma melaluinya, dan kini ia dilihat mereka turut akan menambah sistem operasi Apple Lisa pada pangkalan data dan menawarkan ia dalam bentuk sumber terbuka secara percuma pada 2018 kelak.

Apple Lisa

Sistem operasi ini telah digunakan sekitar 35 tahun lepas, dan merupakan antara terawal hadir dengan antaramuka pengguna secara grafikal. Komputer Lisa sendiri merupakan salah satu detik penting dalam sejarah Apple, walaupun jualannya tidak begitu memberangsangkan.

Computer History Museum akan menawarkannya pada tahun hadapan, sekaligus akan membolehkan para peminat Apple dan sesiapa sahaja untuk memuat-turun dan mencubanya sendiri – sekaligus mengalami detik-detik terawal dalam arena perkomputeran.

https://www.youtube.com/watch?v=M01iIxlTBSM

Komen