Nintendo Switch Ditawarkan Pada Harga RM1499 Untuk Tempoh Terhad

Nintendo Switch Ditawarkan Pada Harga RM1499 Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Dis 27, 2017 oleh .

Nintendo Switch merupakan salah satu konsol terbaru daripada Nintendo yang telah dilancarkan tahun ini. Ia menawarkan konsol berbentuk hibrid – dimana boleh dimainkan pada ruang tamu dengan menghubungkan ke televisyen, atau turut dimainkan dalam bentuk mudah-alih.

Kini, bersempena dengan penghujung tahun, sejumlah penjual konsol Nintendo Switch menawarkannya pada harga diskaun, iaitu hanya RM1499 untuk konsolnya. Harga yang ditawarkan adalah untuk konsol sahaja, dan anda perlu membeli permainan Switch secara berasingan.

Bagi anda yang berminat, dan ingin mencari konsol alternatif untuk PlayStation, boleh menyemak penawaran ini yang terhad sehingga 7 Januari 2018 kelak.

Beli : Nintendo Switch di Gamers Hideout


TIPS & ULASAN