Cari @ Amanz

Xiaomi mempunyai beberapa telefon pintar dengan skrin yang luas pada nisbah 18:9, termasuk Redmi 5, Redmi 5 Plus dan juga Mi Mix 2. Kini, menawarkan ciri baru khusus untuk peranti dengan skrin seumpamanya, Xiaomi hari ini mengumumkan gerak-pantas khusus untuknya.

Xiaomi MIUI9

Tiga gerak-pantas baru diperkenalkan, dimana apabila anda menatal daripada bahagian bawah skrin ke tengah skrin dan melihat aplikasi yang dibuka, dan anda boleh kembali ke aplikasi sebelumnya dengan menatal kiri atau kanan pada bahagian tengah skrin.

Ciri baru ini ditawarkan melalui kemaskini MIUI9 terbaru yang masih pada peringkat beta. Pengguna yang menggunakan peranti ini boleh menikmatinya melalui kemaskini akhir kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd