Harga Jualan Vivo V5 Plus Dengan Dwi-Kamera Hadapan Dikemaskini – Kini Berharga RM1111

Harga Jualan Vivo V5 Plus Dengan Dwi-Kamera Hadapan Dikemaskini – Kini Berharga RM1111

Diterbitkan pada Dis 28, 2017 oleh .

Vivo Malaysia hari ini telah mengemaskini harga jualan Vivo V5 Plus – dimana peranti memfokuskan kepada sokongan selfie ini kini dijual pada harga RM1111 sempena menyambut tahun baru. Ini ialah kemaskini harga kedua selepas ia dikurangkan ke  RM1499 Ogos lalu berbanding harga pada hari pelancaran RM1799.

Vivo V5Plus

Vivo V5 Plus hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Menjadi fokus utama pada peranti bersaiz 5.5-inci ini adalah sokongan selfienya, dimana Vivo menggunakan dwi-kamera pada bahagian hadapan, iaitu gabungan 20-megapixel dan 8-megapixel. Ini sekaligus membolehkan anda merakamkan gambar selfie yang sangat cantik berbanding sejumlah peranti lain di pasaran. Untuk rakaman kamera belakang pula, ia menggunakan kamera 16-megapixel.

Harga runtuh RM1111 ini walau bagaimanapun hanya ditawarkan di kedai atas talian rasmi Vivo di laman Lazada.


TIPS & ULASAN