Snapchat Bercadang Membawa Ciri Stories Ke Web – Bukan Hanya Pada Aplikasi Semata-Mata

Snapchat Bercadang Membawa Ciri Stories Ke Web – Bukan Hanya Pada Aplikasi Semata-Mata

Diterbitkan pada Dis 28, 2017 oleh .

Snapchat Stories merupakan salah satu ciri perkongsian yang membolehkan pengguna menerbitkan kandungan gambar atau video secara menegak – yang mana turut menjadi inspirasi untuk Instagram Stories dan sebagainya.

Sehingga kini, Snapchat Stories hanya terhad untuk digunakan dan diakses dalam aplikasi Snapchat sahaja, tetapi perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.

Menurut laporan awal daripada Cheddar, ia dikatakan Snapchat bercadang membawa sokongan Stories untuk di-embed pada web melalui apa yang dipanggil Stories Everywhere.

Ia akan emmbolehkan pengguna berkongsi kandungan sama seperti di Snapchat terus ke laman web lain dan memudahkan lagi proses perkongsian kandungan – seperti yang dilakukan oleh YouTube, Twitter dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan – dan diperkatakan masih lagi pada peringkat pembangunan.


TIPS & ULASAN