Cari @ Amanz

Nampaknya Samsung kini dihantui kembali dengan masalah bateri. Beberapa laporan awal daripada pengguna di Amerika Syarikat mengatakan telefon pintar Galaxy Note 8 mereka gagal beroperasi dan digunakan sekiranya mereka menggunakan bateri sehingga mencapai 0%.

Ia dikatakan telefon memaparkan ikon pengecasan apabila dihubungkan kepada pengecas, tetapi peranti tidak dapat dimulakan semula.

Buat masa ini, ia hanya dilaporkan ebberapa pengguna di Amerika Syarikat – dan mungkin melibatkan segelintir kecil unit berasaskan cip Snapdragon sahaja.

Ia tidak diketahui lagi apakah penyebabnya, sama ada ia adalah masalah beberapa peranti berkenaan sendiri, atau ia hadir disebabkan oleh kemaskini perisian. Memandangkan masalah ini baru sahaja mula dilaporkan pengguna, maka berkemungkinan ia adalah disebabkan oleh masa versi perisian yang mungkin boleh diatasi melalui kemaskini baru.

Buat masa ini, tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Samsung berkaitan masalah ini. Memandangkan pengguna tempatan adalah menggunakan set Exynos, maka ia mungkin terlindung daripada masalah ini buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd